top of page

Terapi Buang Angin

 Masalah angin sering dialami orang ramai tidak kira usia. Angin terbahagi kepada 3 jenis yang pertama angin persinggahan. Angin persinggahan ini boleh berpindah dari badan pesakit kepada  badan orang lain. Perkara ini sering terjadi kepada tukang urut.  Apabila seseorang mengurut  seseorang, tukang urut akan sendawa atau terkentut. Jenis angin yang kedua ialah angin yang berada dalam saraf.  Angin dalam saraf jika ia berkumpul pada sesuatu tempat akan menyebabkan pertumbuhan berlaku. Dan yang terakhir, angin luar saraf.

 

Pada peringkat awal angin luar saraf yang berada dalam badan akan berbentuk gas. Selepas beberapa ketika gas akan bercampur dengan asid dan kolestrol dan ia mula berubah menjadi lendir seperti hingus. Kadangkala boleh menyebabkan bengkak atau sembap pada bahagian tertentu tubuh badan. Lendir angin ini jika tidak disingkirkan akan menjadi beku dan keras. Keadaan ini dipanggil ketulan angin ataupun kristal di dalam badan.

 

Kristal ini biasanya seperti batu-batu kecil dan ia agak sukar untuk dipecahkan. Ia boleh menyebabkan saluran darah terhimpit. Apabila keadaan ini terjadi, oksigen  yang diangkut oleh darah tidak dapat melakukan permindahan oksigen yang cukup dan akan menyebabkan banyak penyakit terjadi. 

Makanan-yang-Membuat-Perut-Buncit.png

Masalah angin dalam badan disebabkan oleh beberapa faktor seperti :

  • Udara persekitaran yang tercemar

  • Mengambil makanan yang berangin

  • Waktu makan yang tidak teratur

  • Gaya hidup yang tidak sihat

  • Dan lain-lain

63612ad4-3dc4-4708-a30b-ea4e03206aaf.jpg

SIMPTOM DAN TAHAP ANGIN DALAM BADAN

Tahap 1 ( Tahap Angin Biasa)

  • Kerap sendawa

  • Kerap kentut

  • Badan cepat letih dan lesu walaupun tidak melakukan aktiviti yang berat

  • Selalu menguap walaupun cukup tidur

Tahap 2 ( Tahap Angin Sederhana)

  • Senak / pedih ulu hati

  • Sebu perut walaupun belum makan

  • Tapak tangan dan kaki terasa sejuk walaupun cuaca panas

  • Sering sakit perut

  • Sakit pinggang dan belakang

Tahap 3 (Tahap Angin Sederhana Kuat )

  • Rasa mual, rasa nak muntah

  • Muntah lendir atau cecair jernih, berbau, masam dan berbuih

  • Hilang selera makan

  • Tapak kaki dan tangan terasa kebas dan mencucuk

  • Leher dan bahu terasa tegang

  • Emosi sukar dikawal dan mudah marah

  • Gastrik

  • Sakit perut yang melampau

Tahap 4 ( Tahap Angin Kronik )

  • Selalu rasa seperti nak mati dan suka fikir yang bukan-bukan

  • Terasa menggeletar, terketar-ketar tanpa sebab

  • Dada rasa berat, mencucuk dan sakit

  • Selalu rasa berdebar-debar tanpa sebab

  • Hilang nafsu seks

  • Sukar bernafas, nafas pendek, tak puas bernafas

  • Sakit kepala, rasa hanyut, kepala selalu berdenyut

  • Uluran atau angin pasang (bagi lelaki)

  • Kitaran haid yang tidak teratur bagi wanita

  • Sukar mendapatkan zuriat

Video Terapi Buang Angin

© AputiRich Centre

  • Grey Facebook Icon
bottom of page